Perihal Here Comes Trouble

"Here Comes Trouble" dikeluarkan sebagai single pertama Naughtius Maximus untuk album studio senama pertama dan terakhir mereka yang dikeluarkan pada 1995.[2] Lagu ini merupakan salah satu daripada 9 lagu dalam album ini yang diharamkan dari penyiaran oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui surat yang dihantar oleh RTM kepada Articulate Sound, label yang menaungi Naughtius Maximus kerana ia disifatkan terlalu "kebaratan".[1]

Lagu ini mengandungi sindiran kepada KRU dan 4U2C apabila kumpulan ini menggunakan korus lagu KRU, "Awas", iaitu "Awas... pa ra rap Awas!", menukarnya kepada "Trouble... pa ra rap Trouble!" dan bait lirik lagu 4U2C, "2BD#1", "We aim to be the number one!", mengubahnya kepada "We aim to be the only one!".[3]